Assalamualaikum,
Bertemu kita sekali lagi di dalam ruangan ini dan semoga anda sihat sejahtera.
Dalam konteks menunaikan zakat atas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),
ia dikenakan ke atas individu setelah syarat zakat "Sempurna Milik" dipenuhi. Maksud syarat "Sempurna Milik" ialah apabila wang KWSP masih berada di dalam simpanan, individu masih lagi belum menjadi pemilik
mutlak terhadap wang tersebut kerana ia dikawal dan dikendalikan oleh pihak KWSP. Hanya apabila wang KWSP
telah dikeluarkan sama ada sebahagian atau sepenuhnya , maka ia wajib dikenakan zakat pada kadar 2.5%. Sila rujuk contoh di
bawah:
Pengeluaran KWSP : RM 50,000 x 2.5% maka zakatnya
ialah sebanyak RM 1,250 sahaja.
Wassalam
Sumber Rujukan Dari : -
Mohd Rais Haji Alias
Pengurus Besar PPZ
www.zakat.com.my
Pusat Pungutan Zakat
Tkt. 1, Daruzzakah, Lorong Haji
Hussein 2,
Kuala Lumpur
50676 Wilayah Persekutuan
Malaysia