Make your own free website on Tripod.com

myteam@surada

Home | Tentang Kami | Team Members | Activities | Zakat Pendapatan | Zakat Wang Simpanan | Zakat Emas | 8 Asnaf Yang Layak Terima Wang Zakat | Syarat-syarat wajib berzakat | Zakat Wang KWSP | Zakat Saham

Syarat-syarat wajib berzakat

Assalamualaikum,

Kita doakan semoga kehidupan harian kita diberkati Allah hendaknya, Amin. Disini disediakan syarat-syarat wajib berzakat untuk kita tatapi.

SYARAT WAJIB

Syarat-syarat Umum Wajib Membayar Zakat:

1. Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

2. Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3. Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

4. Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 3700 (bergantung kepada harga semasa emas).

5. Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

6. Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja

Mengapa Wajib Membayar Zakat?

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

Firman Allah s.w.t dengan bermaksud :

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)."

 

 

Sehingga jumpa lagi.

Wassalam

 

 

Sumber Rujukan Dari : -


Mohd Rais Hj Alias
Pengurus Besar PPZ

"Memudahkan Anda Berzakat"


Pusat Pungutan Zakat
Tkt. 1, Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2,
Kuala Lumpur
50676 Wilayah Persekutuan
Malaysia