Assalamualaikum,
Bertemu kita sekali lagi di ruangan ini dan semoga dalam keadaan kesihatan yang baik.
Pertemuan kali ini kita cuba memahami secara ringkas bagaimana caranya untuk mengira
zakat wang simpanan. Sekiranya kita ada menyimpan wang kita di institusi kewangan maka perlulah melihat baki yang
terendah dalam buku akaun kita. Andainya wang simpanan kita itu menyamai atau melebihi kadar nisab (anggaran
RM4600) maka wang simpanan itu sudah pastinya kena zakat setelah cukup setahun. (haul)
Baki terendah wang simpanan sekiranya
melebihi nisab* X 2.5% (kadar zakat).
*Nisab ialah nilai semasa emas 85 gram emas (anggaran RM4600)
Contoh : RM5000 (baki terendah
wang simpanan) X 2.5% = RM125 zakat perlu dibayar.
Untuk memudahkan kita, sila klik capaian kalkulator Zakat Wang Simpanan untuk membuat pengiraan.
Wasalam,